Bismillahi walhamdulillah…
Segala puji dan syukur kepada Allah yang telah mengizinkan dan memberikan kejayaan kepada “PROGRAM IFTAR SEMPENA NUZUL QURAN 2022” anjuran bersama Binsoleh Malaysia dan Putrajaya.fm yang bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 18hb April yang lalu.
Program ini telah menyediakan juadah berbuka puasa untuk lebih daripada 500 orang ahli jemaah dari pelbagai latar belakang yang berbuka puasa di masjid tersebut.
Turut sama menyumbang dalam bentuk makanan adalah restoran masakan Sarawak, DapoPuro dan usahawan takoyaki dari Kajang Utama Takoyaki LELEH Kajang Utama.
Syukur pada Allah dan terima kasih pada semua penyumbang yang telah menjayakan program ini.
Semoga amal jariah, sedekah dan ibadah puasa para penyumbang mendapat keberkatan sempena dengan hadith di bawah :
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa itu.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Setiap ibadah adalah demi menggapai redha Allah SWT. Keberkatan, rahmat dan ganjaran adalah milik Allah SWT dan akan diberikan pada mereka yang Allah pilih di kalangan hambaNya.
Semoga Ramadhan tahun ini berakhir dengan pengampunan dari Allah keseluruhannya dan semua yang berpuasa dapat benar-benar kembali pada hakikat sebenar berpuasa. Moga Syawal yang bakal menjelang menjadi titik permulaan kehidupan yang baru setelah melewati kem Ramadhan tahun ini.






Ya Allah, ballighna Ramadhan!
