RANGKA TINDAKAN & PERANCANGAN PERTUBUHAN BINSOLEH

Pertubuhan BINSOLEH akan memayungi 7 pergerakan seperti di bawah :

  1. Pendidikan dan Dakwah
  2. Pertanian dan Penternakan
  3. Media dan Produksi
  4. Pemuliharaan Alam Sekitar
  5. Perubatan Islam
  6. Pembuatan dan Pembinaan
  7. Pelancongan dan Ziarah

KEPERLUAN UTAMA

Dalam menzahirkan pergerakan pertubuhan ini, antara keperluan utama adalah :
PREMIS AKTIVITI

  • Pada peringkat awal, sebuah rumah atau lot kedai diperlukan untuk menjadi tempat pengelolaan aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan
  • Premis ini boleh diperolehi secara sewaan atau pembelian mengikut kepada kadar dana yang diperolehi
  • Untuk jangka masa yang panjang, BINSOLEH menyasarkan untuk membina WISMA BINSOLEH sebagai pusat pengurusan dan pengelolaan aktiviti
  • BINSOLEH juga merancang untuk membeli tanah bagi menjalankan aktiviti penternakan dan pertanian, serta pusat latihan memanah dan berkuda. Kami juga berharap untuk memiliki beberapa ekor kuda untuk tujuan berlatih aktiviti berkuda
  • Sebuah rumah ladang juga akan dibina untuk dijadikan pusat perkumpulan hujung minggu bagi menjalankan aktiviti kem tahajjud selain daripada
    aktiviti-aktiviti yang disebut di atas

DANA AKTIVITI

  • Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, pihak pengurusan akan memerlukan dana bagi membeli kelengkapan aktiviti seperti set
    memanah, kelengkapan berkuda dan keperluan alat tulis (papan putih, marker, kertas, pen dan lain-lain)
  • Kami juga memerlukan dana untuk membeli Quran bagi tujuan pembelajaran tajwid dan pengisian-pengisian lain berasaskan kitab Al-
    Quran
  • Program Pengaktifan Minda Anak Soleh juga memerlukan kelengkapan seperti pembesar suara, sistem bunyi, penutup mata, kad warna
  • Para pelatih, petugas dan pengelola aktiviti juga perlu diberi sedikit insentif atas jasa mengajar dan melatih para ahli