Visi & Misi

Visi

Menjadi peneraju pergerakan kemajuan melalui usaha bersama-sama dengan kerajaan dan sektor swasta demi membentuk perpaduan dan pemodenan negara berkonsepkan iklim dini yang syumul.

Misi

Membangunkan seberapa ramai umat Islam yang berkredibiliti tinggi, kreatif dan bersemangat juang yang tinggi untuk membantu merapatkan jurang antara kaum dan agama di dalam
negara.

GENERASI INSAN BERAGAMA

BINSOLEH yakin bahawa umat Islam yang dibentuk dalam satu kelompok iklim dini akan berupaya untuk melaksanakan amanah selaku khalifah di muka bumi ini. Solusi kepada masalah sosial dan penyalahgunaan kuasa, rasuah serta unsur-unsur perilaku yang mazmumah dapat dibendung dengan kefahaman Islam yang berlandaskan Al – Quran dan Sunnah. Masa hadapan negara adalah dengan akhlak dan adab umat Islam yang harus ditonjolkan agar menjadi contoh kepada golongan lain. Solusinya adalah umat Islam yang berperibadi dan holistik.

GENERASI INSAN BERAGAMA

“ Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dan itulah yang haq dari tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka “


Surah Muhammad : Ayat 2
SABDA RASULULLAH SAW :
“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang
lain.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)